Isnin, 4 Januari 2010

Membina Blog Sendiri

Tahukah anda bahawa blog boleh juga dijadikan website jualan?.Untuk

pengetahuan anda, blog juga amat sesuai dijadikan website jualan

produk.Sekiranya anda ada pelbagai produk yang ingin dipasarkan,

cuma perlu buat blog dan memberikan butiran produk yang ingin

dipasarkan dan juga meletakkan gambar, video atau audio tentang

produk tersebut.



Bayangkan dari tidak mempunyai masa yang banyak untuk merekabentuk

website, kini anda telah memiliki website perniagaan

sendiri! Sekiranya anda masih agak kabur, di sini saya

beri nota ringkas bagaimana membina website jualan tersebut



1.Buat blog dengan Wordpress

2.Tukar tema blog kepada yang bersesuaian dengan produk

3.Upload gambar produk,video atau audio juga jika ada

4.Letakkan Contact Form pada blog

5.Tulis keterangan produk dan cara untuk dihubungi.



Lihatlah betapa mudah membina website perniagaan internet.

Di samping itu di ruangan komen pula pelanggan boleh berinteraksi

seperti mengajukan soalan, memberi pendapat dan juga testimoni

produk anda nanti. Anda juga boleh menjawab

soalan para pelanggan dan juga memberi maklumat tambahan melalui

ruangan komen tersebut.



Bagaimana pula pendapat anda tentang blog? adakah

blog sekadar hanya tempat untuk meluahkan pandangan peribadi

ataupun sekadar diari harian sahaja? Blog sebenarnya lebih

dari itu..kerana blog merupakan website masa hadapan.



Blog kini semakin diminati dan semakin mendapat perhatian sebagai

media alternatif.Jadi inilah peluang anda untuk mengembangkan

rangkaian anda.Lihat saja tokoh politik, jutawan perniagaan internet

Dr Irfan Khairi pun menggunakan blog untuk perniagaan. Anda

juga perlu memiliki blog sendiri.



Sekiranya anda berminat untuk membina blog dengan

nama anda sendiri, sila layari

http://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=QCOw&mc=f&s=zyKJR&y=a&

atau reply email ini untuk pertanyaan lanjut.







Tentu anda ingin tahu apakah kelebihan lain yang

blog boleh lakukan berbanding laman web statik.Tahukah anda

blog boleh dikemaskini dengan mudah walaupun anda berada di

tempat lain seperti di luar negera?



Ya! walaupun anda berada di tempat lain, cuma dengan talian

internet sahaja sudah memadai untuk anda mengemaskini

blog.Anda tidak perlu membawa atau memasang perisian untuk

mengemaskini blog. Berbanding dengan laman web statik, anda

perlu membawa perisian yang anda gunakan untuk mengemaskini

laman web anda.Sebagai contoh perisian yang mungkin di

gunakan adalah Frontpage ataupun Dreamweaver.



Blog dengan wordpress begitu mudah untuk dikemaskini dan

dengan cuma login ke bahagian admin sahaja dan anda

boleh terus mengemaskini blog tersebut.Sebab itu saya katakan

ianya amat mudah.Sekiranya anda mempunyai banyak masa dan

ingin memaparkan artikel atau tulisan anda pada hari lain,

anda boleh menggunakan fungsi schedule di mana anda tentukan

sendiri tarikh artikel tersebut akan dipaparkan kelak.Dengan

cara ini, anda boleh menulis banyak artikel sekaligus tetapi

memaparkannya pada hari yang berlainan.Anda sendiri tentukannya.



Setiap kali anda selesai mengemaskini blog,secara

automatik kandungan tersebut akan dimasukkan ke dalam search

engine seperti Google, Yahoo dan lain-lain lagi melalui kaedah

"ping".Ia secara tidak langsung menambah pelawat ke laman

blog anda dan ianya merupakan satu teknik promosi percuma.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan