Makanlah Ulam dan sayuran untuk antioksida menjaga kesihatan mata?
Pelbagai kajian menunjukkan vitamin yang mengandungi antioksida mempunyai hubung kait rapat dengan kesihatan mata. Vitamin mengandungi antioksida ialah vitamin A, C dan E. Iaa membantu mengekalkan kesihatan sel dan tisu di dalam mata.
Vitamin ini boleh didapati dalam pelbagai sumber seperti ulam-ulam,sayur-sayuran dan buah-buahan seperti oren, kiwi, aprikot kering, sayuran hijau, tomato, lada, lobak merah dan bayam. Makanan seperti kekacang, produk tenusu serta telur juga mengandungi banyak Vitamin A, C dan E.
Isnin, 28 Disember 2009
Ahad, 27 Disember 2009
Khasiat Pegaga
-menyegarkan badan
-merawat pitam
-mengurangkan berat badan
-awet muda
-rawatan lepas bersalin
-mengukuh tumpuan ingatan
-meningkatkan kecergasan minda
-menambahkan kekuatan fizikal
-kelancaran suara
-berupaya merawat penyakit nyanyuk
-mengawal keguguran rambut
-kulit licin dan sihat
Nilai pegaga
Melayu selalunya menjadikan pegaga sebagai ulam bersama sambal dan nasi.
Ada juga jadikan jus pekat, teh herba dan pil atau kapsul.
Di Sri Lanka pegaga dijadikan bubur dan diberikan pada kanak2 pra-sekolah
untuk menhalang kekurang nutrien.
Zat dalam pegaga
Kalsium
Ferum [zat besi]
Vitamin C
karatenoid [provitamin A]
tokoferol

Sabtu, 19 Disember 2009
KHASIAT BAWANG PUTIH
Daya penyembuhan yang terkandung dalam bawang putih adalah suatu legenda. Sejak berkurun lamanya, ia telah digunakan oleh rakyat Mesir kuno, Bani Israel, tidak ketinggalan masyarakat di negara China. Di samping itu, keistimewaannya turut diakui oleh Charlemenge dan bapa kedoktoran, Hippocrates.
Setelah begitu lama dibiarkan terpendam, keupayaan dan khasiat bawang putih kini cuba dibongkar oleh sains moden. Dalam jangka masa 20 tahun yang lalu, lebih kurang 1 300 kajian mengenai bawang putih telah dijalankan. Bawang putih atau dikenali juga dengan nama Allium sativum, berada di bawah famili allium sama dengan bawang besar, bawang merah, daun bawang dan kucai. Bawang putih juga dikenali sebagai stinking rose. Tetapi hakikatnya, ia boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Bermula dengan kanser dan penyakit jantung sehinggalah penyakit ulat air dan demam.
Banyak kajian menunjukkan bawang putih boleh menurunkan paras kolestrol dalam darah. Ada dua pandangan yang menyatakannya berdasarkan kepada kajian yang dijalankan. Yang pertama, bawang putih boleh merendahkan paras kolestrol dalam darah antara 9 hingga 12 peratus bagi mereka yang mempunyai paras kolestrol yang tinggi. Manakala kajian terbaru pula mendapati bawang putih tidak meninggalkan kesan kepada mereka yang mempunyai paras kolestrol yang rendah dan sederhana. Penyelidikan dilakukan dengan menggunakan serbuk bawang putih yang menyamai penggunaan satu labu bawang putih sehari. Manakala satu lagi kajian menggunakan minyak bawang putih yang bersamaan dengan dua labu bawang putih mentah sehari.
Pendapat kedua bagaimanapun, dibidas oleh Robert Nagourney, seorang doktor perubatan yang menyatakan bawang putih diproses berkemungkinan mempunyai bahan menurunkan kandungan kolestrol dalam darah. Bagaimanapun, fakta di mana bawang putih menghalang pengumpulan platlet dan pembekuan darah, yang mana ia mampu mengurangkan risiko berlakunya serangan jantung dan strok adalah benar.
Terdapat sebuah pusat penyelidikan yang menjalankan kajian mencadangkan bahawa bawang putih dan semua yang terletak di bawah famili allium berkesan menghalang perkembangan kanser. Kajian di makmal berjaya membuktikan ia berupaya menghambat pertumbuhan sel malignan dan bahan berkarsinogen. Selain itu, bawang putih juga mengandungi bahan antioksidan yang sangat berkuasa. Penyelidikan terkini yang dijalankan mendapati kandungan fitokimia dalam bawang putih boleh menyekat pembentukan karsinogen yang kuat iaitu nitroamina dan menghalang pertumbuhan sel kanser.
Bawang putih sebenarnya telah pun mempunyai sejarah yang cukup panjang digunakan sebagai bahan yang menghalang jangkitan kuman semasa peperangan. Malah ia juga khabarnya turut dikaji oleh Louis Pasteur dan Albert Schweitzer untuk merawat kes cirit-birit. Menurut Benjamin Lou, doktor perubatan di Universiti Linda Loma, bawang putih boleh menghalang pertumbuhan bakteria, fungi, virus dan parasit lebih berkesan daripada sesetengah antibiotik moden. Kajian di sebuah makmal di Hospital Boston City mendapati allicin berkesan menentang salmonell, streptococcus dan mikrob lain yang menyebabkan selesma dan pneumonia.
Jumaat, 18 Disember 2009
Ginger (Zingiber officinale).
The root is warming to the body, is slightly antiseptic and promotes internal secretions. Chop about 2 inches of the fresh root, cover with one cup of water, and simmer for about 20 minutes or 1/ 2 teaspoon of the powdered root can be simmered in one cup of water. Add lemon juice, honey, and a slight pinch of cayenne.
A few teaspoons of brandy will make an even more effective remedy for colds. This preparation treats fevers, chest colds and flu. A bath or a foot-soak in hot ginger tea is also beneficial. The tea without additives helps indigestion, colic, diarrhea and alcoholic gastritis. Dried ginger in capsules or in juice is taken to avoid carsickness, seasickness and morning sickness. Use about 1/ 2 teaspoon of the powder (2 capsules) 30 minutes before departure and then one to two more as symptoms begin to occur. Works well for dogs and children.
Ginger contains zingibain, a special kind of proteolytic enzyme that has the ability to chemically break down protein. Clinical studies have shown that proteolytic enzymes have anti-inflammatory properties. They also play an additional role in controlling autoimmune disease. They help reduce blood levels of compounds known as immune complexes. Ginger is also well-known for its anti-inflammatory properties. Indian and Scandinavian studies have consistently shown that ginger is useful for treating most kinds of arthritis. It also contains more than 12 antioxidants. It can be taken as a tea, tincture or capsule
Ginger actually gives other herbs a boost by improving the body’s ability to assimilate them. Ginger actually protects herbal compounds from being destroyed by the liver and continue circulating in the blood for a longer time. It also improves the intestines’ absorption of other herbs.
Helps reduce serum cholesterol levels, reduces tendency towards blood clots. Aids circulation (including peripheral circulation). Stimulates vasomotor (producing contraction and dilation in walls of vessels) and respiratory center of the central nervous system.
Ginger has long been used in eastern Africa for killing intestinal parasites. Researchers discovered that all 42 components in ginger essential oil kill roundworms, among other parasites. Some of these compounds were more effective than the commonly prescribed drug piperatzine citrate.
In Chinese medicine it warms the middle and expels cold: for warming the Spleen and Stomach both in conditions of excess due to externally-contracted cold, as well as cold from deficiency due to insufficiency of the yang qi. Rescues devastated yang and expels interior cold: for devastated yang with such signs as a very weak pulse and cold limbs. Warms the Lungs and transforms phleghm: for Lung cold with expectoration of thin, watery, or white sputum. Warms the channels and stops bleeding: for cold from deficiency that may present with hemorrhage of various types, especially uterine bleeding.
KHASIAT SAYUR-SAYURAN
Dalam dunia moden, semua orang sibuk mengejar masa hingga kerapkali kesihatan diri kurang dititikberatkan. Tapi cukupkah dengan mengambil puluhan biji pil vitamin dalam pelbagai bentuk dan warna setiap hari? Kononnya sebagai pelengkap sajian yang dapat menampung kekurangan vitamin dan zat-zat dalam badan.
Sedarkah kita sumber vitamin dan zat semulajadi yang terkandung di dalam sayur-sayuran tidak kurang banyaknya berbanding pil-pil tersebut? Telah terbukti sayuran berdaun hijau seperti cekur manis, kangkung dan kailan mengandungi kandungan Vitamin A yang tinggi. Vitamin C pula banyak didapati di dalam lobak merah dan pucuk ubi.
Sayur-sayuran boleh disediakan dalam pelbagai cara. Namun begitu, cara yang terbaik adalah dengan memasaknya dalam jangkamasa yang pendek agar dapat mengekalkan sumber vitamin dan zat-zat yang terkandung didalamnya. Lebih menarik lagi, kini sayur-sayuran boleh juga didapati dalam bentuk jus. Ini bermakna kita akan dapat menikmati khasiat sayur-sayuran bila meminum jusnya.
Selain buah-buahan dan sayur-sayuran, ulam juga merupakan sumber utama Vitamin A, Vitamin C, Asid folik, serat dan zat galian. Kajian saintifik membuktikan serat dapat membantu melancarkan sistem penghazaman, mengurangkan lemak dan seterusnya merendahkan kadar kolestrol dalam badan. Ulam-ulaman kini juga didapati dalam bentuk jus seperti jus peria, jus pegaga, jus tomato dan Iain-lain jus ulam.
Peluang untuk menikmati khasiat ulam-ulaman terbuka luas dengan meminum jus-jus ulam ini. Dengan ini mudah kita menambahkan Vitamin A, C dan zat-zat galian dalam tabiat pemakanan serta mengimbangkan diet kita dengan baik. Orang tua-tua juga mendakwa berjenis-jenis penyakit dapat disembuhkan termasuk kencing manis, darah tinggi danl ain-lain penyakit merbahaya. Bukti-bukti menunjukkan bahawa ulam juga adalah sumber awet muda. Ulam senang didapati kerana biasanya tumbuh liar atau boleh di tanam tanpa memerlukan penjagaan rapi dan tanah yang luas. Kekal cara hidup sihat, hindarkan diri dari penyakit dan jimatkan belanja dengan mengamalkan tabiat memakan ulam.

Khamis, 17 Disember 2009
Badan perlu nutrien.
Amalan makan ulam atau sayur-sayuran mentah boleh membuatkan seseorang awet muda kerana ia mengandungi banyak bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas.
Sebenarnya amalan makan ulam menjadi budaya masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Malah, ia menjadi ikutan kaum lain sehingga ada yang kata rasa tidak puas makan nasi jika tiada ulam bercecah sambal belacan.
Ada juga yang tidak berselera makan jika tiada ulam atau sayur. Paling tidak, mesti ada timun untuk membuka selera. Ini amalan baik kerana setiap hari badan kita memerlukan kira-kira 40 jenis nutrien untuk kekal sihat.
Apabila kita makan, kita sebenarnya membuat pelaburan pada kesihatan. Kesan pelaburan ini bergantung kepada jenis makanan diambil. Jika mengamalkan diet yang banyak lemak, bermakna kita akan mengalami masalah pertambahan berat badan dan paras kolesterol tinggi.
Sebaliknya, individu yang mengamalkan pemakanan seimbang dengan melebihkan pengambilan sayur dan buah biasanya tampil lebih sihat dan menarik serta mampu mengekalkan kelangsingan badan.
Selain mempunyai pelbagai khasiat, ulam sering dijadikan bahan rawatan tradisional dan kini banyak kajian dilakukan untuk mengkomersialkan khasiat ulam.
Pengamal perubatan tradisional mengatakan, ubat bagi pelbagai penyakit sebenarnya ada di sekeliling rumah seperti cekur, pegaga, nanas, kunyit, halia, peria, kacang botor, pucuk betik mahupun kacang panjang.

Rabu, 16 Disember 2009
Ulam Raja
Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksik dan juga menguatkan tulang.
Klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semulajadi yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengan bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis serta E.Coli.
PokokMisai Kucing
Pokok Misai kucingatau kumis kucing, atau remujung atau ruku hitam atau Java tea atau cat whiskers atau kidney tea plant.
Pokoknya amat mudah dikenali dengan misainya (bila berbunga) yang amat prominent. Ia amat popular kira2 10 tahun kebelakangan ini. ( Bila semua orang toleh ke basics -herba).
Sebenarnya pokok misai kucing telah digunakan oleh masyarakat di Indonesia serta Malaysia sejak zaman berzaman untuk merawat masalah buah pinggang serta masalah pundi-pundi.
Banyak lagi sebenarnya khasiat pokok misai kucing ini antaranya membantu merawat batu karang, mengeluarkan toksin dalam badan, dan bahan2 kumuh lain dari dalam badan, melegakan sakit2 sendi serta inflamasi seperti arthritis, rheumatisme dan gout. Daun serta batang/rantingnya dibuat teh boleh mengawal berat badan, merawat penyakit kencing manis serta melawan kanser.
Ahad, 13 Disember 2009
Buah Mengkudu
Mengkudu mampu merangsang sistem imun tubuh dan mengandungi selenium untuk mencegah barah.
Mengkudu mempunyai sifat-sifat antioksidan di samping boleh mengatasi sengal-sengal sendi dan baik untuk pesakit gout.
Dr. Ralph M. Heninicke, Ahli Biokimia, University of Hawaii, Amerika Syarikat merupakan perintis kajian buah mengkudu selama 45 tahun. Beliau menemui kompoun alkoloid "proxeronine" dalam buah mengkudu secara tidak sengaja ketika mengkaji enzime "bromelin" dalam buah nenas. Kandungan "proxeronine" dalam buah mengkudu adalah 800 kali berbanding paras yang terdapat dalam buah nenas.
Jadi, buah mengkudu amat berguna kepada kesihatan manusia. Buah mengkudu mengandungi zat pencetus "xeronine" yang dipanggil sebagai "proxeronine" di samping terdapat enzim yang membantu "proxeronine" membentuk "xeronine".
Kepentingan xeronine :
Salah satu bahan penting bagi menggalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh badan manusia menerusi tindakbalas bahan kimia antara proxeronine dan proxeronase.
Interaksi dua bahan kimia proxeronine dan proxeronase boleh membantu membesarkan liang pada usus kecil - sekali gus mempercepatkan serapan bahan nutrien ke dalam sistem pemakanan.
Berfungsi sebagai bahan mengembalikan kesegaran dan ketahanan protein badan yang merupakan sebagai bahan awet muda.
Mengkudu juga kaya dengan bahan anti-oksidan iaitu membantu melambatkan proses penuaan. Biasanya buah mengkudu dipetik dan diperam di atas garam, atau di dalam beras. Apabila sudah masak ia boleh dimakan begitu sahaja. Ianya juga boleh dicampur dengan gula untuk dimakan.
Buah mengkudu boleh memulih sel atau tisu rosak, sekali gus melambatkan proses penuaan, di samping berguna bagi penyakit kencing manis, sengal sendi dan tekanan darah tinggi. Daun mudanya boleh digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulaman. Daunnya jika direbus boleh menyihatkan ibu yang baru bersalin. Kulitnya berguna bagi mengubati penyakit Malaria. Bunga mengkudu boleh digunakan untuk merawat penyakit mata. Akar mengkudu berguna bagi mengubati penyakit buasir, hidung tersumbat dan pendarahan otak.
khasiat Ulaman
Ulam-ulaman kaya dengan vitamin dan zat galian bukan sahaja berpotensi mengubati penyakit-penyakit tetapi mempunyai bahan anti-bakteria dan anti-oksidan.
Kempen makan ulam-ulaman bukan sahaja mendapat perhatian orang Melayu bahkan orang Cina dan bangsa lain juga menunjukkan minat untuk memakan ulam-ulaman.
Kempen makan ulam-ulaman bukan sahaja mendapat perhatian orang Melayu bahkan orang Cina dan bangsa lain juga menunjukkan minat untuk memakan ulam-ulaman.
Langgan:
Catatan (Atom)